Posts

Showing posts from 2019

Bingka Ubi Kayu

Image
Bahan-bahannyaπŸ™‚ 1kg parutan ubi kayu (sejat dlm penapis santan dan biarkan +- 1/2 jam letak atas besin. Buang air dan ambil pati ubi kayu spt tepung di dasar besin. 250gm gula halus 1 sdt garam 3 sdt tepung ubi 140 gm kelapa parut putih (optional) 2 sdt susu tepung 600ml santan pekat (boleh guna santan kotak dan tambah air untuk dapat 600 ml (saya buat 400ml santan, 200ml air masak) 2 biji telur gred A 2 sdt esen vanilla 20 gm mentega/ghee, cair dan sejukkan (saya pkai ghee) 1/2 sdt pewarna kuning telur CARA MEMBUATNYA πŸ™‚ 1. Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 8 inci X 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil dan biarkan berlebih pada bahagian kanan dan kiri tin (tujuannya nanti bila kuih masak, senang anda nak tanggalkan kuih dari tin). Lenser kan juga aluminium foil tadi. Ketepikan.(saya cuma lenserkan loyang dgn margerine shj). 2. Dalam satu bekas, masukkan kelapa parut, garam dan ubi parut, pati ubi & kacau hingga rata. Ke

Resepi Kari kambing

Image
Kambing 1kg direbus sampai empuk dgn serbuk kunyit .halia n garlic yg ditumbuk dgn batu lesung..baru sedap..jgn malas pakai blender yek..πŸ˜ƒπŸ˜ƒ. Tumisan Kayu manis 2 Bunga cengkih 5 Bunga lawang 2 Pelaga 5 Jintan manis 1sdb Daun kari Cili kering 10tangkai dipotong Bawang 4labu dihiris mayang Tomato ceri 15biji.. Tumiskan semua bahan diatas sampai layu n then masukan daging kambing da telah direbus n letak air 1cawan stok kambing...n masukan serbuk ketumbar 1sdb,serbuk cili kering 2sdb, dan serbuk kari ayam 3sdb....biar mendidih n kering sampai jadi pekat..n masukan garam n aji ..n daun ketumbar siap Kredit Resepi : rani ganga via

Kek Lapis Balckpink Du du Du

Image
Resepi by Mira Syarmieza 500gram Butter 120gram gula halus 10 bj telur ayam gred A 300gram susu manis 1 sd mkn ovalet 250gram tpg gandum 100gram nutella 100gram horlick 100gram ice cream  vanilla powder 200gram cream cheese pewarna pink flavour rasberry pewarna hitam 100gram choc chip Cara Mix butter , gula & ovallet sehingga kembang. Masukkan pula susu sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu sampai habis. Kemudian masukkan tepung gandum, ice cream powder  dan horlick. Bahagikan kpd 2 bahagian. Bhgn 1 dicampur dengan cream cheese, pewarna pink dan perasa rasberry. Bhgn 2 dicampur dengan nutella & pewarna hitam.  Cara Melapis. Panaskan oven mengikut kesesuaian oven masing2. Pertama sekali, lapisan pertama hendaklah menggunakan api atas dan bawah. Lapisan pertama πŸ‘‰Warna pink.. setiap lapisan anggaran berat dalam 180gram.. dan ditabur choc chip.. Lapisan kedua πŸ‘‰Warna hitam .. Anggaran berat setiap lapisan adalah 180gram.. TipsπŸ‘‰Setiap

Cik Cili Kering..🌢🌢🌢🌢

Image
Dalam 2 3 hari ni ramai beno yg dok ngadu pasal cili pedas..disini saya share cara nk pilih cili tak pedas,kurang pedas n terlebih pedas.. 1. yg kiri tu nampak cantik dan xberapa kering kulitnya dan glowing jer...tu jgn percaya sangat dengan kelembutan wajahnya..sebab yg ni jenis puaka niyang rapik punya rasa..extra pedas..kalau makan rasa mcm nk tumbuk org yg ada disebelah..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 2. Tengah tu nampak kering kontang bagai gurun sahara..yg ni pedas biasa..pedas yg mungkin kanak² boleh makan dan senyum lagi.. 3. Kanan..yg ni nampak mcm terlebih kolejen..nampak bersinar²..rasanya langsung xpedas..kalau ank² makan mereka boleh ketawa girang sebab boleh makan nasi sambal extra.. Kredit: Rohani AbWahab

Laksa Johor Ikan Tenggiri..

Image
Bahan Sekilo Ikan. Ikan yg sedap utk kuahnya Ikan tenggiri,kembung,selar mata besar Bersihkan ..rebus dgn asam keping Asingkan isi..dan blend bersama air rebusan Ketepikan Satu paket spaghetti..rebus dgn sedikit minyak Dah siap tos..dan gulungkan Bahan kisar utk kuah Lada kering 15 tangkai Bawang besar 6 biji Bawang putih 5 ulas Halia 1 cm Lengkuas 1 cm Udang kering segenggam Rempah kari 2 pkt kecil Serai 2 btg di titik.. Asam keping 2 pcs Kerisik 2 pkt kecil Santan 2 kotak kecil Bunga kantan 2 btg potong 4 Daun kesum,selasih,pudina Garam,gula,perasa Cara.. Blend bawang merah,bawang putih,halia Lengkuas,udang kering Panaskan minyak,masukkan serai Tumis bahan..hingga pecah minyak Masukkan rempahh kari.. Gaul rata..masukkan isi ikan. Asam keping ,bunga kantan,daun kesum Masukkan santan dan air...jadikan kuah Letak kerisik.. Garam,gula,sedikit perasa Masak hingga kuah pekat.. Bila dah siap boleh mkn Dgn hiasan timun,tauge,hirisan bawang,bunga

Biskut Kacang Peas

Image
-------------------------------- Bahan-bahan πŸ’š1/2 kg tepung kacang peas(ada jual dikedai bakeri) πŸ’š1/2 kg tepung gandum πŸ’š300 gram gula aising(sedang2 elok je rasanya kalo nk manis skit jadikan 400 gram ye) πŸ’š1 sudu teh garam halus πŸ’šminyak jagung secukupnya(kalo takde minyak masak pun bole sedap juga rasanya) Cara2: πŸ’šmasukkan tepung kacang peas,tpg gandum,gula dan garam dlm mangkuk/besen dan gaul rata. πŸ’škemudian masukkan minyak jagung sikit2 hgga bole diuli menjadi doh(dah bole kepal tu kira ok ler ye) πŸ’šbuat ler bentuk yg korang suka.akak buat bulat2 pastu tekan dgn belakang garfu. πŸ’šsapu dgn kuning telur pastu bakar suhu 160°c selama 20-25 minit bergantung oven masing2.pastikan bawah biskut tu kekuningan ye..siap dinikmati.. selamat mencuba.😊😊😊 Kredit : Noriza Jaja

*RAMBUTAN MILK SHAKE*

Image
🍹🍹🍹🍹🍹🍹🍹🍹 *BAHAN2* 1 tin buah rambutan dalam tin 1 tin susu cair atau susu segar gula secukup rasa (jadikan air gula ketulan ais) Air jika perlu Biji selasih yang di rendam *CARA PENYEDIAAN* 1. Masukkan buah rambutan dan airnya serta susu ke dalam jug masukkan air gula dan rasakan secukup rasa 2. Tambah air jika perlu 3. Letakkan ketulan ais dan biji selasih 4. Sedia di hidangkan dingin SEDAP DINIKMATI DI BULAN PUASA 🍹🍹🍹🍹🍹🍹🍹🍹 *olahan semula ayah ainnur*

*AIR MATA KUCING NICE*

Image
🍹🍹🍹🍹🍹🍹🍹🍹🍹 *BAHAN2* Buah mata kucing kering secukupnya 1 buku gula Melaka 2 buku gula batu Gula mengikut kemanisan Air secukupnya Daun pandan di simpul *CARA PENYEDIAAN* 1. Cuci buah mata kucing hingga bersih 2. Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan dan rebus hingga kembang dengan api sederhana. 3. Masukkan pula gula Melaka dan gula batu dan masak hingga gula hancur dan sedikit pekat. 4. Perasakan dengan gula. 5. Siap dihidangkan panas atau sejuk. HIDANGAN ANDA SEWAKTU BERBUKA 🍹🍹🍹🍹🍹🍹🍹🍹 *olahan semula ayah Aiman*

Badak berendam

Image
1peket tepung pulut 2sd besar tepung gandum Daun pandan 10helai Air utk blend daun pandan Bancuh tepung pulut dgn air pandan sehingga boleh d bentuk Bahan inti kelapa Sebiji kelapa parut putih 2 cwn gula merah 5sd besar gula pasir 2 cwn air 1sd kecil garam 3helai daun pandan disimpul 2sd besar tepung gandum Masak gula merah+gula pasir(tapiskan) Masukkan air gula merah yg d tapis td ke dalam kuali letak daun pandan simpul..masukkan kelapa..masak kan sehingga hmpir kering..akhir sekali msuk kan 2 sd tepung gandum dan kacau smpai kering..tutup api Sementara tu boleh panas kan air utk masakkan bebola badak Ambik sedikit adunan tepung pulut leperkan sudukan inti dan bulatkan..teruskan masuk kedalam periuk berisi air yg sedia panas..tunggu hingga timbul dan msuk kan ke dalam bekas berisi air suhu biasa..buat hingga abis.. Resepi kuah dadih santan 4cawan santan sederhana pekat 2 besar tepung beras Garam utk naik kan rasa lemak santan 3 helai daun pndan disim

AGAR-AGAR PANDAN

Image
Bahan-bahan 25gm agar-agar tali (strips) 1500ml air 1 cawan gula pasir 1 cawan air daun pandan (Kisar 3 helai pandan dengan 1 cawan air dan tapis) 1 biji telur gred A dua ketul gula batu - sebesar ibu jari tangan (pilihan) 1 cawan santan segar Cara membuatnya: 1. Masak agar-agar dengan air, gula pasir dan gula batu hingga larut. 2. Masukkan air pandan. Jika warna hijau kurang menyerlah boleh juga titiskan sedikit pewarna hijau. 3. Pukul telur dengan santan, kemudian tuang ke dalam periuk agar-agar tadi. 4. Kacau hingga santan dan telur masak (saya gunakan api sederhana) dan bolehlah padamkan api dapur serta tuangkan agar-agar ke dalam loyang. 5. Bila agar-agar dah sejuk, masukkan kedalam peti sejuk sebelum di hidangkan. # Kegunaan gula batu didalam agar-agar adalah untuk mengelakkan agar-agar dari berair bila dah keras.

Nasi Ayam Hainan

Image
Nasi Ayam (10 Orang Makan) 4 Cawan Beras Wangi/Biasa 4 Cawan air 4/5 Paha Ayam 1 bawang besar holland (Potong 4) 2 kiub ayam maggi 3 inci halia (Potong halus) 2 sudu sos tiram 1 tangkai daun bawang 1. Campur semua, letak ayam, bawang, daun bawang d atas sekali. 2. Masak dengan api perlahan 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup kuali/periuk dengan penutup kuali naa.. 3. Ayam boleh goreng utk bagi garing kulit atau biarkan stim dan boleh potong ikut suka. ============== Taugeh/ Sayur 4 ulas bawang putih 2 sudu sos tiram 2 sudu minyak 1. Bawang putih potong dadu, goreng dengan minyak. 2. Masukkan sos tiram, goreng sekejap. 3. Masukkan sayur🀣 Hehe selamat mencubaaa.. terima kasih like πŸ˜†πŸ₯³ Resepi ni tak perlu garam atau gula ya. Kredit : Nadiah Halim

Sotong Goreng Kunyit Bersama Petai

Image
Bahan: Sotong Petai Bawang merah Bawang putih Cili padi Serbuk kunyit Sebatang serai Garam Gula Asam jawa * kuantiti bahan ikut tekak masing2πŸ˜‰ Cara2 Tumbuk bawang merah,bawang putih,cili padi dan sedikit kunyit(akak guna kunyit serbuk je).. Tumis bahan² tumbuk bersama sebatang serai sehingga wangi dan naik minyak.. Masukkan sotong bersama petai..gaul hingga rata.. masukkan pula garam,gula dan sedikit asam jawa..dah secukup rasa boleh tutup api..jgn masak terlalu lama,nanti sotong akan liat dan petai akan layu.. *Akak guna sotong yg sederhana je yg penting ada telur πŸ˜ŠπŸ‘ Jom share

RESEPI NASI ARAB POWER...

Image
Nak makan dekat restoran macam mahal. Apa kata buat sendiri lagi puas hati. Boleh juga ajak keluarga sekali! Jom, cuba. RESEPI NASI ARAB POWER!!!! Bahan untuk nasi: 2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam 4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing2 garam secukup rasa 2 sb minyak sapi pewarna kuning dan oren Bahan yg disangai dan dikisar kering: 1/2 sm jintan manis 1/2 sm jintan putih 1/2 sm bunga cengkih 1/2 sm lada hitam 1/2 sm biji ketumbar 1/2 sm buah pelaga Bahan untuk ditumis: 1 biji bawang besar ~ dihiris halus 3 ulas bawang putih ~ dihiris halus buah pelaga kayu manis bunga lawang Caranya: 1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan. 2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati. 3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati. 4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa. 5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, ja

ASAM PEDAS DAGING TETEL

Image
Bahan2 1kg daging tetel 15@20 tangkai cili kering* Bwg merah kecik 4 biji * Bwg putih 5 ulas* Halia 1 inci* Lengkuas 1 inci * Kunyit hidup 1 inci * Belacan 1 inci * 1 sudu kecil lada hitam * 1 sudu kecil jintan manis* 1 sudu kecil jintan putih* 1 mangkuk air asam jawa Gula melaka(sy guna sikit jer, x suka manis sgt) Garam secukupnya Daun limau purut (buang tulang tengah) 3 btg serai ketuk . Caranya -rendam dlm air panas cili kering, jintan & lada hitam -kisar bahan2 bertanda * sehingga halus -panaskan minyak tumis bahan2 yg di kisar td smp garing -masukkan daging tetel.. masak smp keluar air daging td -masukkan air asam jawa, serai yg diketuk n daun limau purut -rasakan dgn garam n gula melaka.. masak smp daging empuk -blh jgk kalau nak rebus daging tetel dulu, air rebusan jgn dibuang blh masukkan dlm kuah nanti Selamat Mencuba!

Resepi Biskut Florentine /crunchy almond

Image
Bahan-bahan: 500 g tepung florentine 500 g almond flakes 200 g biji labu 200 g biji bunga matahari 20 g bijan hitam Paper cup size M secukupnya Cara-cara: 1. Bakar kekacang sebentar dlm 5 minit. Sejukkan sebentar. 2. Masukkan semua kekacang dan gaul sebati. 3. Masukkan tepung florentine dan gaul semuanya sehingga sebati . 4. Sudukan ke dalam papercup, nipis shj cukup sekadar menutupi dasar. 5. Bakar suhu 160 selama 10-15 minit. 6. Keluarkan dan biarkan sejuk sebentar. 7. Simpan dlm bekas kedap udara. SELAMAT MENCUBA

*Asam Pedas Ikan Pari*

Image
🐟🐟🐟🐟🐟🐟🐟 *Bahan-bahan* 1) 4-5 ketul ikan pari (ikut saiz yg disukai) 2) 7 biji cili padi 3) 2 biji cili merah 4) 5 ulas bawang kecil 5) 2 keping asam keping 6) Sedekit air asam jawa 7) 1/2 paket serbuk kari ikan 8) Sedikit belacan 9) Segenggam daun kesum 10) Setangkai bunga kantan 11) 6 batang bendi 12) Garam dan bahan perasa 13) 2 mangkuk air *Cara Memasak* 1) Kisar cili padi,cili merah,belacan dan bawang 2) Masakkan bahan kisar bersama2 rempah dengan api perlahan hingga cili dan rempah masak 3) Masukkan asam keping 4) Tambahkan air & air asam jawa 5) Masukkan ikan pari 6) Masukkan daun kesum dan bunga kantan 7) Tambah garam dan perasa 8) Masukkan bendi ke dlm asam pedas 9) Biar mendidih sehingga ikan masak. 10) Boleh dihidangkan. Selamat Menjamu Selera Pasti TerangkatπŸ‘πŸ‘ 🐟🐟🐟🐟🐟🐟🐟🐟🐟 *olahan semula ayah ainnur*

KERABU SOTONG LIMAU NIPIS

Image
========================== Bahan-bahan: Sotong secukupnya 2 biji limau nipis (diperah airnya) Sedikit daun ketumbar (dipotong halus jika suka) 1 labu bawang besar (dihiris halus) 3 sudu besar sos ikan 1 sudu besar gula 1 sudu kecil garam (secukup rasa) 3-5 biji Cili padi (ikut pedas) 1 biji tomato (dipotong kecil) 1 batang serai (dihiris halus) Sedikit lobak merah (carrot) sebagai hiasan (dipotong dadu) Sedikit udang kering (ditumbuk, jika suka) Cara Penyediaan: Bersihkan sotong dan rebus sehingga masak. Jangan lama nanti isinya mengecil/mengecut . Sejat dan potong. Masukkan bawang besar , cili api, garam, air asam limau nipis, gula, serai , udang kering, sos ikan, daun ketumbar dan dikacau dalam mangkuk. Gaul rata-rata. Rasa masin tawar, masam …kalau dah secukup rasa masukkan sotong dan gaul semula. Sedia untuk dihidang.

Ayam Goreng Hot and Spicy

Image
Bahan-bahan :- 🐣Ayam Tepung jenama BESTARI Tepung Gandum Tepung Beras Serbuk Cili (jika perlu) Minyak Masak ***Resepi ni tak memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin Cara-cara 1. Bancuh tepung bestari bersama air sahaja. Bancuh smpai jadi sederhana pekat (ikot pada kuantiti ayam) 2. Masukan ayam dalam bancuhan tepung tadi & perap. Makin lama perap makin lembut isi ayam & rasa pedas akan serap dalam isi ayam. Sy perap 5 jam. 3. Sediakan tepung untuk salutan pulak 4. Cmpurkan tepung bestari yg blm di bancuh dgn air dgn tepung gandum & tepung beras (sy xda sukatan yg tetap. Main agak2 je. Anggaran 1 senduk tepung bestari 1 senduk tepung gandum 1 1/2 senduk tepung beras 5. Pastu amik aym yg dh perap tdi masuk dlm cmpuran tepung kering & salutkan serata. Buat seketul2 sebab kalau buat bnyk2 dia jadi x cntik & tak bersalut. So kene sabarrrrrr masa bedak kan dia. 6. Masukan aym dh salut tadi dalm minyak panas. Nak lagi bagus goreng dalam

RESEPI KUIH AKOK

Image
Bahan-Bahan:(Sukatan cawan/ mangkuk/bekas yg sama) 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan) 1 cawan santan pekat 1 cawan gula kabung/gula melaka yg diracik halus (3/4 cwn-manis just nice) 1 cawan air 1/2 cawan gandum 3 helai daun pandan (carik-carik) Secubit garam Cara-Cara: Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan muffin tray dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven. Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut Bakar menggunakan suhu 180'C selama 15-20min (hingga masak) guna api atas dan bawah. Note: Semasa bakar, kuih akok akan kembang (mengelembung).Jangan risau, bila masak ia akan mengecut  dan menjadi akok kedut. semasa proses membakar, kuih k

✂KUIH GUNTING✂

Image
Bahan-bahan: 1kg tepung gandum Daun sup 1 peket kecil serbuk kari daging 1 biji telor 4 sudu besar marjerin Garam secukup rasa Air secukupnye Cara-caranya : πŸ’ cairkan marjerin terlebih dahulu πŸ’ kemudian, satukan tepung gandum, rempah kari, daun sup yg dihiris halus beserta garam πŸ’ gaulkan marjerin dan telor yg yg telah dipukul bersama bhn2 yg telah disatukan td..masukkn air sehingga menjadi doh(agk2 tidak melekat pd tgn) πŸ’ gelekkan adunn..kemudian gunting πŸ’ Panaskan minyak n goreng dgn api sederhana πŸ’ Bila dah masak sehingga kekuningan, angkat dan tapis/tos kan minyak sebelum dimasukkan dlm bekas Selamat mencuba!!!😘😘😘

SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS

Image
Bahan-bahan : Tempoyak 2 sudu besar Cili padi 10 tangkai (ikut kepedasan masing2 dan campur hijau merah) Petai 3papan Bawang merah 3biji Ikan bilis secubit Sedikit garam Sedikit aji Sedikit gula Sedikit minyak utk menumis Sedikit air jika terlalu likat Cara Masak : Ikan Bilis rendam sekejap supaya lembut.tapis dan toskan.kisar xbrape halus cili padi, bawang merah.pnskan minyak, tumis bhn kisar sehingga naik minyak.masukkan sedikit garam, ajinomoto, gula dan 2 sudu tempoyak.gaul rata.masukkan sedikit saja air jika terlalu likat. masukkan ikan bilis dan diikuti dgn petai.gaul rata hingga bhn sume dh sebati.jgn msk terlalu lma sampai petai layu.nanti xrangup petai.siap dan sedia utk dihidang πŸ˜‚πŸ˜‚

*AYAM MASAK PALEMBANG*

Image
Bahan-bahan untuk 1 ekor ayam A: Bahan-bahan dikisar Bawang besar - 2 biji (sederhana) Bawang putih - 5 - 6 ulas Halia - besar ibu jari Bahan-bahan B: serbuk kunyit Daun kari - 2 - 3 tangkai Kicap manis - 1/2 cawan Cili blend - ikut pedas ( 2 senduk nasi) Asam keping - 2 keping besar Santan - 100ml Minyak untuk tumis garam dan gula secukup rasa Cara-cara 1. gaul ayam dengan kunit dan garam.. goreng setengah masak dan ketepikan 2. Panaskan minyak 3. Tumis bwg besar , bwg putih , halia sampai naik bau 4. Masukkan cili blend. 5. Tumis sampai pecah minyak. 6. Masukan kicap. Kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat. 7. Masukkan daun kari 8. Tumis sekejap, masukkan garam dan gula secukup rasa. 9. Masukkan asam keping 10. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. 11. Masukkan santan 12. Biarkan mendidih dan boleh dihidangkan 😊 13. Kalau kering sangat masukkan air sedikit       🌸Kredit            Junainna Hussin Chua

Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya

Image
πŸŒΉπŸŒΉπŸƒπŸŒΉπŸŒΉ Bahan-bahan : πŸƒπŸƒπŸŒΉπŸƒπŸƒ 250 Gram - Butter (suhu bilik) 150 Gram - Gula Caster 1 Biji - Kuning Telur Ayam 30 Gram - Serbuk Roti Kuning (panko breadcrumbs) 100 Gram - Serbuk Badam (badam yang telah dikisar halus) 100 Gram - Tepung Jagung 300 Gram - Tepung Red Rose atau tepung top 250 Gram - Badam (cincang dan disangar tanpa minyak) 300 Gram - Chocolate Masakan (cooking chocolate dicairkan) 1 Biji - Putih Telur Ayam *Langkah-Langkah Cara Buat Cookies Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya* Ayakkan tepung rose/top bersama dengan tepung jagung. Campurkan pula serbuk roti bersama serbuk badam ke dalam tepung. Gaul rata.Pukul pula butter, gula & kuning telur hingga gebu dan kembang. Masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati. Bulatkan doh sebesar guli. Celupkan pula doh bebola tadi kedalam putih telur dan kemudiannya masuk ke dalam badam cincang. Letakkan diatas bekas dulang pembakar. Selepas itu bakar di

DAGING GORENG THAI STYLE

Image
Bahan-bahan: -800gm daging -5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk) -4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus) -1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk) -2 sb sos tiram 2 sudu besar - Garam secukup rasa - Mentega Bahan-bahan untuk sos: -Serbuk cili Thai - Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih) - 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus) - 2 sb air limau nipis - 3 sb air asam jawa - Kicap sotong / sos ikan - 3 ulas bawang merah (hiris nipis) - Daun ketumbar dan daun bawang Cara buat : 1) Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap) 2) Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati. 3) Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika. 4) Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angka

Roti Steam Hotdog Cheese Lembut

Image
bahan -bahan : 1. Roti Hotdog * tak kisah jenama apa yg ni sis pakai 'Roti Sedap' mmg sedap n lembut je roti nye. 2. Ramly Frankfurter Lembu / Sosej * nk pakai ayam pun boleh ikut citarasa anda 3. Cheesedale 4. Mayones * klau suka sos boleh la pakai, yg ni k.tom x pakai sbb anak xmau sos dia nk mayo je. cara2. 1. Frankfurter direbus dulu dan toskan. 2. Amik roti belah tengah dan sapu kan mayones di dalam * kalau suka sos boleh sapu sekali time ni atau nk letak msa lepas masak pun boleh. 3. Sumbatkan frankfurter tadi di tengah2. 4. Kerat kepingan cheese jadi beberapa bahagian. Anggaran besar ikut suka hati. Kalau suka cheese byk kerat 2 je la. 5. Lapis kan kepingan cheese di atas frankfurter/sosej tadi. 6. Panaskan air periuk Kukus smpai menggelegak dan susun roti2 tadi dlm periuk. Make sure air betul2 menggelegak dan periuk berwap. * kalau takut roti melekat di periuk boleh letak atas pinggan sbgai alas. 7. Tutup tudung periuk dan kecik kan api

*AYAM MASAK BALI*

Image
Bahan-bahan; 1 ekor ayam digoreng +garam kunyit *1 genggam cili kering * 6 biji bawang besar * 1 labu bawang putih * 1 inci halia * sedikit belacan (sebesar 1/2 ibu jari) 8 batang serai dititik 6 tangkai daun kari 3 sudu besar gula 2 sudu kecil garam Kicap enaq secukupnya blend semua bahan bertanda * Cara-cara; 1) panaskan minyak goreng ayam tadi, goreng serai hingga warna separa coklat 2) Masuk daun kari dan goreng hingga garing. 3) Masuk bahan blend dan tumis kesemuanya hingga wangi dan garing 4) Masuk gula, garam, sos cili, kicap..kicap tu masukkan sikit2 sampai dapat warna cantik merah maroon. Bole jg nak campur kicap kipas udang masin dan manis. 5) Masuk ayam, gaul sebati dan masak lagi 10 minit.      πŸŒΈKredit    AishaShukor