RESEPI KUIH AKOK
Bahan-Bahan:(Sukatan cawan/ mangkuk/bekas yg sama)
1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
1 cawan santan pekat
1 cawan gula kabung/gula melaka yg diracik halus (3/4 cwn-manis just nice)
1 cawan air
1/2 cawan gandum
3 helai daun pandan (carik-carik)
Secubit garam
Cara-Cara:
Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan muffin tray dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven.
Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan
Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut
Bakar menggunakan suhu 180'C selama 15-20min (hingga masak) guna api atas dan bawah.
Note:
Semasa bakar, kuih akok akan kembang (mengelembung).Jangan risau, bila masak ia akan mengecut dan menjadi akok kedut.
semasa proses membakar, kuih kembang dengan jayanya..bila masak ia akan kecut semula
Gula melaka/ gula nissan/gula kabung racik disatukan dengan 1 cawan air dan daun pandan simpul
Pecahkan telur masuk dalam cawan/bekas yg nak digunakan sebagai penyukat...Jumlah telur bergantung kpd gred telur dan juga bekas yg digunakan
Santan pekat dan tepung gandung.Gandum adalah setengah dati jumpah sukatan santan.
Comments
Post a Comment